Sunday, August 28, 2011

slamat hari raya maaf zahir batin :)

slamat hari raya maaf zahir batin :)

Answer here

Thursday, August 18, 2011

sje nk tanye thn ni raya mne?

sje nk tanye thn ni raya mne?

Answer here

Saturday, August 13, 2011

benda ap yg korunk ske kumpul dr dlu smpie skunk n korunk akn mrh spe yg nk buang bnda tu

benda ap yg korunk ske kumpul dr dlu smpie skunk n korunk akn mrh spe yg nk buang bnda tu

Answer here

Friday, August 12, 2011

da ready for trial (for PMR n SPM)

da ready for trial (for PMR n SPM)

Answer here

cane 1day trial?? (TiKL's student je)

cane 1day trial?? (TiKL's student je)

Answer here

Sunday, July 24, 2011

bln ramadhan bkal tiba da abis ganti puasa ke *bg yg ad tggl je

bln ramadhan bkal tibada abis ganti puasa ke*bg yg ad tggl je

Answer here

Monday, May 9, 2011

kenapa??? kenapa???

hari ni (9/5/11) ad taklimat headcount & anda...
atau dlam bahasa mudahnye...
ketahui target anda yg diberi oleh guru anda...

huish...bertambah kusut kpla ak dibuatnye...
ak rse cam ad batu yg himpap atas bahu ak...

cgu target ak dpt 5A for trial...
mmg la tak mustahil nk dptkan...
tp..dgn gaya ak yg pemalas nye...

ni midterm da dkt...
rabu ni je pde hal....
ak just target subjek math, bi, bm, physics n LK...
erm berat sgt ke target ak tu,...
kte tunggu jla.....

ak ngn classmates ak nk buktikan pd smua cgu
yg student 5M2 bkn nye 'ayam' cam dorunk sangkakan...
mentang2 la kls kte org rmai yg bt mslah disiplin,
sma cgu pandang sebelah mata je...

ak berazam start midterm ni...
ak tak nk tiru or bwk toyol tym exm...
klu ak still troskan ak...
cane ak nk majukan diri ak kan..???
ak nk biarkan result final exm ak last year ak jd kenangan...

'hey zuhairi, lpekan yg lme..cane kw lpe kan ex2 kw tu...
yg lps biar lps...jd kan ia sbagai pngajaran...

KUANG AJAR !!!!

last week 4 MEi 2011...
ak dibahan oleh rakan KBK @kelab Bimbingan Kaunseling...
Ayiep ak syg kw gle....

kw mmg hebat...
mulut kw spatotne kne cili ngn ak...
haish...
kw tak ptotla...

kw da elok2 lpak ngn ak...
pasal si dia NADHRAH IRDINA melangkah ke pintu PSS...
kw bgn n then kw jerit kuat...
"eh2..adam, ak tak sepatotnye dok sblh kw r... coz bini kw da smpie....

ayieppp....tu kisah lame a...
kte org kwn je...
kwn ke??
ak rse tawk...coz si dia cam tak nk kwn ngn ak je...

sedih ak....

Thursday, March 17, 2011

kehidupan ku

Ketika kilat sedang rancak sambung menyambung di luar rumah. Aku termenung keseorangan menunggu kepulangan ibuku dari kerja sambil berfikir tentang keputusan peperiksaan percubaan UPSR yang bakal ku terima. Sedang aku asyik termenung, telefon rumahku berdering dan aku pasti panggilan tersebut merupakan panggilan dari ibu. Apabila aku mengangkat ganggang telefon dan seterusnya memberi salam, kedengaran suara ibu tersekat-sekat. Pada ketika itu, pelbagai perkara buruk yang ku bayangkan tetapi aku cuba menafikannya. Aku cuba bertanya kepada ibu mengapa suaranya tersekat-sekat, lantas ibu memberitahu ku bahawa makcik ku atau lebih disenangi dengan panggilan acik telah kembali ke rahmahtullah disebabkan penyakit barah pangkal rahim yang pada ketika itu sudah pada tahap kritikal. Pada ketika itu, aku tergamam seketika kerana acik pergi tanpa diduga dan menyebabkan semua saudara mara dari serata tempat terutama anak saudara sulungnya yang pada ketika itu sedang menuntut di UiTM Sarawak bergegas pulang ke Kampung Padang Balang, Gombak.

Sinaran cahaya matahari makin hilang dari pandangan menandakan hari telah senja. Ketika itu, suasana sunyi sepi seolah-olah tiada orang di rumah walhal pada ketika itu saudara mara sudah membanjiri kawasan rumah menunggu jenazah acik dibawa pulang dari Hospital Selayang. Sedang khusyuk aku berdoa setelah solat maghrib, kedengaran siren van jenazah hospital memasuki halaman rumah. Secara tidak langsung terdetik di hatiku menyatakan bahawa jenazah acik yang ditunggu sudah tiba. Aku bergegas keluar dan mendapatkan keranda acik bersama-sama sepupu yang lain. Jenazah acik diletakkan di atas katil di ruang tamu hadapan. Ketika itu, semua saudara mara meratap kesedihan melihat jenazah acik terbujur di atas katil. Kelihatan kapas yang menutupi muka acik dipenuhi dengan darah kerana semasa acik sedang nazak, doktor telah menggunakan alat pegepam jantung elektrik. Oleh kerana tekanan yang dikenakan terhadap diri acik terlalu tinggi, maka organ-organ dalam badan acik telah pecah terutama hatinya.

Jenazah acik tidak dapat disempurnakan pada malam itu kerana hari telah malam dan semua ahli keluarga tidak terdaya lagi untuk menguruskannya. Oleh itu, jenazah acik terpaksa bermalam di rumah dan kami sekeluarga bergilir-gilir mengaji Al-Quran, membaca Yaasin serta menjaga jenazah acik dari langkahan kucing kampung. Hal ini kerana, mengikut kepercayaan orang dahulu, jika ada diantara ahli keluarga kamu yang mati, maka jaga jenazahnya dari dilangkahi kucing kerana dikhuatiri jenazah tersebut akan bangkit. Aku juga tidak ketinggalan untuk membaca Yaasin bagi meringankan seksaan yang bakal diberi oleh malaikat kelak. Suasana pada malam itu sunyi kerana semua ahli keluarga telah tidur untuk mengumpul tenaga yang bakal digunakan pada esok harinya dan hanya kedengaran bunyi cengkerik di belakang rumah. Pada keesokkan paginya, awan berarak mendung tetapi tidak membantutkan semua saudara mara untuk menguruskan jenazah acik. Malah, ada juga ahli keluarga yang sibuk ke tanah perkuburan bagi menguruskan tanah kubur. Wakil dari khairiat kematian perempuan kampung telah tiba bagi menyiapkan kelengkapan pengurusan jenazah seperti kapur barus, air mawar dan kain kafan. Aku tergamam melihat segala pengerusan jenazah dilakukan dengan begitu pantas, kerana sebelum matahari tegak di atas kepala, jenazah acik sudah siap berpakaian kain kafan dan diletakkan dengan wangian minyak attar.

Langit kelihatan gelap umpana hendak hujan menunjukkan awan juga bersedih dengan pemergian acik kerana sepanjang hayat acik, acik sering berbakti pada tumbuh-tumbuhan, saudara- mara serta haiwan ternakannya. Setelah jenazah acik siap dikafankan, ahli-ahli keluarga serta jiran terdekat bersiap sedia untuk solat jenazah sebelum dibawa ke masjid kampung tersebut untuk disolat jenazah bagi penduduk kampung selepas solat Jumaat. Setelah selesai jenazah acik disolatkan, saudara mara dibenarkan untuk mencium acik buat kali terakhir dan pada ketika itu, nenek yang kelihatan tidak larat dan hanya mampu duduk di atas kerusi roda mahu mencium wajah anak kesayangannya yang merupakan kawan gaduhnya tatkala anak-anak lain mencari rezeki. Pada ketika itu, aku merasa hiba kerana nenek sempat berkata kepada jenazah ‘ upik, kau pergi dulu ya..nanti emak ikut engkau’, apabila mendengar kata-kata nenek sebegitu, secara automatiknya air mata setiap orang yang mendengarnya membasahi pipi.

Jenazah acik dibawa ke masjid dengan menaiki van jenazah kerana pada ketika itu hujan gerimis telah turun untuk membasahi bumi. Setibanya di perkarangan masjid, kelihatan ramai penduduk yang hendak solat Jumaat telah tiba untuk membantu kami sekeluarga membawa jenazah acik ke dalam ruang solat. Setelah selesai solat Jumaat dan solat jenazah, jenazah acik dibawa masuk semula untuk dibawa ke rumah barunya iaitu tanah perkuburan yang terletak di Kampung Puah. Setibanya van jenazah di tanah perkuburan, ahli jawatankuasa khairiat kematian membawa jenazah acik ke tempat di mana jenazah acik akan disemadikan. Setelah selesai jenazah acik dikebumikan, bermulalah bacaan talkin yang dibacakan oleh imam besar masjid. Sedang khusyuk aku mendengar bacaan talkin, air mataku mengalir membasahi pipi kerana aku mula terbayang dan takut akan soalan-soalan kubur yang bakal ku jawabnya.

Keadaan menjadi suram semula kerana semuanya sedih dan penat setelah pulang dari tanah perkuburan. Ada yang tidur, ada yang membaca Al-quran dan Yaasin dan ada juga yang menyiapkan sedikit juadah petang serta menyediakan makanan yang tidak seberapa untuk menjamu ahli kariah masjid pada malamnya kerana pada malamnya pula, kami akan mengadakan kenduri tahlil. Jam pada dinding menunjukkan sudah jam 9 malam dan pada bila-bila masa sahaja kariah dari masjid akan tiba. Pada ketika itu, suasana menjadi kelam kabut kerana takut-takut makanan yang disediakan tidak mencukupi walhal aku lihat lebih dari cukup. Terdengar nangisan kanak-kanak tetapi tiada siapa yang mengendahkannya kerana semua orang sibuk menyediakan hidangan. Setelah selesai kenduri tahlil tersebut, keadaan menjadi sunyi semula sehingga boleh mendengar bingitkan sudu yang jatuh ke lantai. Hari telah lewat malam, hanya kanak-kanak sahaja yang telah nyenyak dibuai mimpi. Ahli keluarga yang lain tidak dapat melelapkan mata kerana setelah kariah masjid semuanya pulang, nenek seperti sesak nafas dan membuatkan keadaan menjadi kelam kabut tetapi tidak lama kemudian nafas nenek kembali normal hinggalah ke awal paginya. Sedang semua ahli keluarga lena dibuai mimpi, tiba-tiba kami dikejutkan oleh mak long kerana pada ketika itu nenek seperti sedang bertarung nyawa. Setiap perkataan yang disebut oleh tidak dapat difahami oleh semua orang kerana lidah nenek sudah pendek. Apabila azan solat subuh berkumandang, nenek akhirnya pergi buat selama-lamanya.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Peribahasa seperti ini amat sesuai bagi ahli keluarga ku kerana kurang dari 24 jam, nenek telah mengikuti acik. Kami sekeluarga bertambah sedih apabila tulang belakang kami semua telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Setelah selesai solat subuh, ayahku yang merupakan anak kelima dalam keluarga ini bergegas ke balai polis untuk mendapat pengesahan serta permit pengebumian. Perkara yang sama kami lakukan sewaktu kematian acik, semua orang sibuk dengan tugas masing-masing. Setelah jenazah nenek dimandikan, dikafankan serta disolatkan, jenazah nenek dibawa ke tanah perkuburan Kampung Puah dan pusara nenek bersebelahan dengan pusara acik yang tanahnya masih merah lagi.

Walaupun keputusan peperiksaan percubaan UPSR dan peperiksaan sebenar UPSR ku tidak memberansangkan, aku cekalkan hati untuk terus berjaya dalam hidupku. Kini, aku telah berjaya memasuki salah sebuah sekolah teknik terbaik di Malaysia hasil usahaku dalam menempur dugaan hidup dengan reda. Oleh itu, kepada semua pembaca, hargailah zaman sekolah kamu dan jangan sia-siakan orang yang kamu sayang. Sesungguhnya hidup kita didunia ini hanya sementara.

Saturday, January 15, 2011

Buruk Sangka v.s Baik Sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk

Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut


Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja

mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.

Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.

Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.



Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.

Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.