Tuesday, December 21, 2010

Kau harus Tau

Bingkisan ini
antara cebisan doa dan resah
jadi luahan sebagai ingatan
untuk diriku,dan juga kamu

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Aku mensyukuri nikmat Tuhanku
Berusaha mencukupi keperluan
Tanpa menggadaikan akhiratku

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Pada sikap sederhanaku
cermat berbelanja, hemah membeli
memenuhi hak dan kehendak
mencukupi bagiku, juga yang memerlukan

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Pada sikap simpatiku
Sering memberi,tidak pula meminta
Dari ruang harta,masa juga tenaga,
Hanya malam, waktu ku adukan kekuranganku.

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Aku mendahulukan ibuku
Mengasihi adik-adikku
Untuk kutunaikan perananku
sebagai seorang anak yang soleh
namun tidak akan aku menidakkan hak mu.

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Rencah sebuah kehidupan
Pasti kesabaran kan teruji, air mata kan menitis
Ku harap kamu tabah dan ikhlas
Kerana susah senang, kita bersama Allah.

Kekasih
Ketika yang lain berbangga dengan kemewahan
Tenangkan resahku,supaya aku tidak kufur
Tidak mendustakan rezeki kurniaan Tuhan
Yang tidak terhingga kepada kita.

Kekasih
Tidak dapat aku menjanjikan padamu
Melebihi apa yang ditetapkan Tuhan
Dengan berusaha dan bersyukur
Pasti bertambah-tambah nikmat Allah.

Kekasih
Ketika yang lain memuji kelebihanku
Kamu menerima kelemahanku
Melihat isak tangis dalam ketabahanku
Melihat kerisauan dalam tawaku
menjadi pendampingku.

Kekasih
Dorong jiwaku
Sebagai imam kesayanganmu
Menghias malam dengan tahajud
Mencorak keluarga dengan taalim
Melazimi rohani dengan tilawah
Mencetus bahagia,indah keluarga diredha Allah

Kekasih
Ingatkan aku
Untuk melihat keindahan alam bersamamu
Menghayati terbit benam matahari
Berjalan bersama di pesisir pantai
Melihat hamparan bintang
Melayani segala kemanjaanmu
Ingatkan aku,wahai isteriku
Pada rasa kasihku padamu.

Kekasih
Moga Allah kabulkan inginku
Hilangkan resah bimbangku
Pada pesona kasihku
Untuk kamu yang ku sayangi.

Peperiksaan Akhir Hayat

Masihkah kita ingat akan soalan peperiksaan yg pernah kita lalui dahulu???
Aku pasti semua org tidak mengingatinya...

Tetapi berlainan pula soalan
PEPERIKSAAN AKHIR HAYAT kita yg sudah lama
dibocorkan...
tetapi soalan ini tidak ditukarkan seperti
soalan-soalan UPSR, PMR, SPM, STPM???

Hal ini kerana, soalan peperiksaan akhir hayat ini merupakan soalan di alam kubur kita...


Dahulu melangkah ke dewan peperiksaan
penuh debaran yang dirasakan
menanti soalan yang menuntut jawapan
mengukur kemampuan dalam pembelajaran

Bagi yang telah mengulangkaji dan menelaah
kelihatan tenang tidak gelisah
jika cemerlang masa depan cerah
terbayar segala penat dan lelah

Kini melangkah ke alam kehidupan
timbul pula pelbagai persoalan
tentang peranan seorang insan
dijadikan khalifah di bumi Tuhan

Bagi yang mahu mengambil peringatan
Al-Quran dan Sunnah menjadi rujukan
supaya tidak tersalah pilihan
dalam memberi sebarang jawapan

Kelak melangkah ke hari perhisaban
tibalah masa menghadap Tuhan
setiap tindakan menjadi persoalan
baik dan buruk menjadi timbangan

Hari yang diadakan sebagai pengukur
yang mana beriman dan yang mana kufur
supaya di dunia tidak takbur
berbuat dosa tanpa ditegur

Yang beriman wajah bercahaya
segala jawapan tersemat di dada
dahulu di dunia mereka membaca
Kalimah Tuhan tidak dipersia

Yang kufur bermuram durja
tiada jawapan dapat dikemuka
dahulu di dunia mereka lupa
tujuan asal mereka dicipta

Selesai dihisab keluarlah keputusan
yang bakal merendah dan meninggikan
masing-masing ada buku laporan
segalanya tercatat tiada yang ditinggalkan

Yang ditinggikan mendapat bahagia
di dalam Syurga kekal selamanya
terbayar sudah segala usaha
Rahmat dari Tuhan yang Esa

Yang direndahkan mendapat celaka
api neraka yang bernyala-nyala
kerana dahulu mereka alpa
tidak bersedia dari muda

Gagal periksa boleh diulang
di paper julai yang akan datang
gagal beriman teramatlah malang
sesudah mati dah takde peluang

Pandang ke kiri pandang ke kanan
dunia penuh dengan kejelekkan
hawa nafsu didahulukan
kepentingan peribadi diutamakan

Apalah guna punya ilmu yang tinggi
jika hanya mementingkan duniawi
ilmu Akhirat tidak dicari
walhal disanalah kehidupan yang hakiki

Wahai sahabat, rakan dan taulan
teman bukan mengharap pujian
hanya menjalankan suruhan Tuhan
" berpesan-pesan dengan kebenaran "

Ada disebut didalam Al-Quran
Sesiapa yang di dunia mereka berkenalan
ditemukan semula di hari kemudian
bersama di Syurga jika beriman
InsyaAllah...

Tuesday, December 14, 2010

Teman Sejati

Apakah yang dimaksudkan dengan teman sejati?
Sekarang kita selalu dengar org berkata "aku ada teman sejati",
"dia teman sejati aku"
Tp...tahukah mereka apa yang dimaksudkan dengan teman sejati..
Aku pasti setiap insan di muka bumi ini mesti ada teman sejatikan?
*Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang membawa maksud: "Ibarat teman yang baik itu adalah seumpama seorang yang membawa haruman kasturi, walaupun kamu tidak dapat memilikinya, namun kamu dapat juga menghidu bau harumnya dan bandingan teman yang jahat seperti seorang (tukang besi) yang menggunakan alat hembusannya. Biarpun kamu tidak terkena habuknya yang hitam, akan tetapi kamu terkena juga asapnya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Mencari teman sejati tidak semudah yang kita sangkakan.
Apakah yang dimaksudkan dengan 'teman sejati'?
Adakah ianya seperti bayang-bayang yang hanya muncul apabila kita berdiri di tempat cerah atau sewaktu kita menyalakan lilin dikala kegelapan?
Orang selalu berkata 'teman sejati sentiasa di hati'.

Teman sejati
Tidak semestinya kekasih
Tidak semestinya rakan
Tidak semestinya keluarga
Tidak semestinya guru
Teman sejati bukan sesiapa
Hanya kita sahaja yang mampu menilai siapakah itu teman sejati
Yang benar-benar sejati
Di hati kita

Teman sejati
Kau tetap bersama ku
Kau hadir dikala ku kesusahan
Kau hadir dikala ku memerlukanmu
Kau tidak pernah mengalah
Malah memberikan aku semangat dan dorongan
Untuk meneruskan kehidupan

Teman sejati
Kau tetap bersama ku
Ketika aku dalam kesenangan
Kau sering ingatkan ku akan berwaspada ketika berbelanja

Teman Sejati
Kita sentiasa bersama
Walau apa jua yang terjadi
Suka duka dikongsi bersama
Kaulah teman sejatiku
Hingga akhir hayatku

Teman Sejati
Jagalah dirimu sebaik mungkin wahai temanku
Kerana aku tidak akan selamanya disisi mu
Pabila aku sudah tiada lagi di dunia ini
Ku harapkan kau tidak pernah putus mendoakan ku ketika aku di dalam kubur
berjumpa dengan Yang Maha Esa
Dia lebih mengetahui segalanya

Wednesday, December 1, 2010

Lagu yg dianggap sdap didengar...


















ermmmm...
ak ingat lagi tym orientasi pelajar f4 yg stay asrama...
tym ney majlis penutupan hari orientasi...
so ad persembahan...
ad group senior bt psembahan shuffle...

dorunk glarkan group dorunk KKC...
bkn KFC k...hhhheeee

erm tym tu gak ad senior dorm ak nyanyi lgu
yg dye dedikasi kan tok gf dye kowt...huhuhuh...

lgu tu mmg sdap....
ney pix group tu


PIRING HITAM

korunk dgr la lagu ney...
hheehhe